Sejarah SMK Taman Tunku

 

SMK Taman Tunku satu lagi sekolah yang tercatat dalam senarai warga Jabatan Pelajaran Gabungan Miri sebagai sekolah yang dibina di bawah “Project Design and Build”. Kewujudannya memang ditunggu-tunggu, memandangkan masalah kebanjiran murid peringkat sekolah menengah di kawasan Taman Tunku dan juga sebagai hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekolah satu sesi. Lokasinya sangat strategik dan kondusif, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukannya 3km dari Lapangan Terbang Miri dan 12 km dari Bandaraya Peranginan Miri. Saiz keseluruhan SMK Taman Tunku ialah 12.5 hektar iaitu termasuk bangunan sekolah, padang bola sepak, kawasan letak kereta dan lanskap serta gelanggang permainan.

Pembinaan SMK Taman Tunku bermula Julai 2001 dan telah siap sepenuhnya pada 4 September 2003. Nilai kontrak SMK Taman Tunku adalah RM 20,100.00.00 termasuk harga tanah. Mengandungi 1 Blok Pentadbiran ( Pejabat  Am, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat, Bilik Kaunseling, Bilik Perkembangan Staf ) , 6 Makmal Sains, 4 Bengkel ( Kejuruteraan, KHB ), 36 Bilik Kelas, 10 Bilik Khas ( Pusat Sumber, Bilik Matapelajaran, Bilik Pengawas, Bilik Rawatan, Bilik Komputer ) dan 1 surau. Untuk menampung keperluan sekolah, beberapa bilik kelas telah diubahsuai sebagai bilik khas matapelajaran.

SMK Taman Tunku beroperasi sepenuhnya pada 5 Januari 2004 dengan tenaga pengajar seramai 33 orang dan 675 orang murid yang rata-ratanya datang dari SMK Riam kecuali Tingkatan 1 dan Peralihan. Mempunyai 1 kelas Peralihan, 5 kelas tingkatan satu, 4 kelas tingkatan dua, 4 kelas tingkatan tiga dan 4 kelas tingkatan empat.

Tahun 2011, merupakan tahun ke lapan SMK Taman Tunku bergerak bersama matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sehubungan itu, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh SMK Taman Tunku selari dengan semangat ”Making A Difference”. SMK Taman Tunku telah mengorak langkah bersama dengan sekolah lain membentuk satu demensi.


PHILOSOPHY / FALSAFAH

Each individual is powerful. The empowered individual can empower the school to achieve the heights of excellence.

Setiap insan adalah perkasa. Keperkasaan insan itu mampu memperkasakan sekolah ke arah kegemilangan. 

 

OBJECTIVE / MATLAMAT

To ensure that SMK Taman Tunku fullfils the purposes enshrined in the National Philosophy of Education

Untuk menentukan SMK Taman Tunku sentiasa memenuhi hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.


VISION / VISI

To be a leader in producing quality students and positive change agents.

Menjadi pencetus dalam menghasilkan insan yang berkualiti dan agen perubahan yang positif.

 

MISSION / MISI

To identify, to promote and to maximize the full potential of staff and students in all aspects: physical, social, intellectual and spiritual so that they can make a positive difference to their environment.

Untuk mengenalpasti, mempertingkatkan dan mengembangkan tahap potensi staf dan pelajar dalam semua aspek: fizikal, sosial, intelek dan rohani agar dapat mewujudkan perubahan yang positif dalam persekitaran mereka.


MOTTO

To Make A Difference

Pemangkin perubahan.



Lagu Sekolah


Pemangkin Perubahan  

 

Di sini

 

Bermula segalanya

 

Impianku yang terlaksana

 

Memajukan bangsa dan negara

 

Menjadi insan yang berguna

 

                 Dikaulah pemangkin perubahan

 

                 Membina semangat kegigihan

 

                 Sehati sejiwa memupuk perpaduan

 

                 Ke arah kecemerlangan

 

Majulah SMK Taman Tunku

 

Mendukung ikrar dipadu

 

Lahirkan genarasi berilmu

 

Majulah dan terus maju

 

                Dikaulah pemangkin perubahan

 

                Tempat mencipta kejayaan

 

                Sekolahku yang tercinta dan berwawasan

 

                Jasamu dalam ingatan…



Pengertian Logo :

 

 

                      Simbol

                       

Pengertian

 

1.  Separuh Bulatan /

     Matahari Bersinar

 

Keteguhan semangat perpaduan yang wujud tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan kerana sinaran ilmu yang mampu menghindarkan kegelapan dan kejahilan

 

2.  Bintang Terbit

 

Pelajar yang cemerlang berlandaskan ilmu, nilai-nilai murni dan inspirasi daripada wahana pendidikan dalam era sains dan teknologi

 

3. Orang dengan buku

 

Warga Pendidik dan Pelajar yang menimba ilmu sepanjang hayat

 

4. Buku yang terbuka

 

Landasan ilmu untuk menuju kejayaan

 

5. Topi Ijazah

 

Hala tuju warga sekolah untuk mencapai kejayaan hakiki

 

6. Pemangkin Perubahan

 

Matlamat warga sekolah untuk membawa perubahan ke arah peningkatan diri, masyarakat dan negara

 

 

 

 

 

 

 

Pengertian Warna Logo  :

 

 

 

 

Warna

 

Pengertian

 

 

1. Kuning

 

Faith & Hope

 

Kebahagiaan dan penghargaan yang dirasai oleh semua warga sekolah

 

 

2. Biru

 

Peace & Harmony

 

Keharmonian dan kedamaian yang dikecapi bersama tanpa mengenal bangsa, agama dan kebudayaan

 

 

3. Hitam

 

Determination

 

Keteguhan semangat sekolah dalam mencari ilmu pengetahuan

 

 

4. Jingga

 

Success

 

Kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan yang diimpikan oleh semua warga sekolah

 

 

5. Putih

 

Purity

 

Keluhuran dan kesucian hati warga sekolah berlandaskan kepada pegangan agama dan nilai-nilai murni